PENINGKATAN kos sara hidup tidak dapat dielakkan. Golongan yang diklasifikasikan sebagai miskin, sama ada di bandar atau luar bandar, paling terkesan. Golongan yang paling terkesan adalah orang Melayu yang dihimpit dengan pelbagai masalah sosioekonomi yang tidak menentu.
Pengangkutan merupakan salah satu faktor kos yang perlu diberi perhatian. Ini kerana kos pengangkutan memberi kesan terhadap pendapatan setiap individu.
Oleh itu, perkhidmatan pengangkutan awam perlu diberikan perhatian sewajarnya. Mod pengangkutan yang paling popular adalah bas yang terdapat di seluruh negara.
Bas henti-henti dilihat kurang popular dalam kalangan orang Melayu. Tidak kira di bandar atau luar bandar, orang Melayu kurang menggunakan perkhidmatan bas ini.
Orang Melayu, yang merupakan penduduk majoriti di negara ini, perlu mengambil peluang sepenuhnya dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Suara majoriti orang Melayu juga boleh mempengaruhi kesediaan perkhidmatan di sesuatu kawasan.
Pihak kerajaan yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan. Jadi, orang Melayu tidak seharusnya ketinggalan dalam menikmati kemudahan ini.
Ia juga membantu orang Melayu dalam mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat. – UTUSAN
MOHD. FIRDAUS HASHIM
Ketua Penerangan
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Pahang










