Jadikan kediaman mesra alam sekitar

Jadikan kediaman mesra alam sekitar

MARILAH kita sama-sama mengambil bahagian untuk memastikan pelepasan karbon di rumah adalah rendah supaya lebih mesra alam sekitar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA sedang berhadapan dengan perubahan iklim seperti kemarau dan banjir. Ada masanya bencana ini berlaku di luar musim. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil bahagian untuk memastikan pelepasan karbon di rumah adalah rendah.

Kita boleh mencontohi beberapa langkah praktikal untuk menjadikan rumah lebih mesra alam sekitar.

Pasang panel solar yang boleh menjana tenaga bersih dan mengurangkan bil elektrik.

Di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM), anda boleh menjual lebihan tenaga suria anda kepada kerajaan.

Anda boleh menuai air hujan dan gunakannya untuk menyiram tanaman atau membersihkan bilik air.

Gunakan mentol LED. Ia tidak hanya menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 80 peratus tetapi tahan lebih lama.

Memilih untuk menggunakan kipas berbanding penghawa dingin. Selain lebih cekap tenaga, ia membantu menyejukkan udara dalam bilik.

Beli perabot terpakai. Selain lebih murah, ia dapat menjimatkan wang perbelanjaan.

Asingkan sampah dan tukar sisa makanan menjadi kompos.

Lakukan kitar semula. – UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN