Hati-hati penipuan dalam talian

Hati-hati penipuan dalam talian

ORANG ramai diminta sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik licik penipuan yang menyalahguna nama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk kepentingan peribadi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai agensinya. Modus mereka dengan bertindak memeras ugut keluarga klien yang sedang menjalani program rawatan dan pemulihan di AADK. Mereka meminta bayaran tertentu bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.

Sehingga hari ini, AADK mengesan dua kes melibatkan panggilan telefon dan e-mel secara terus dengan keluarga klien.

Sehubungan itu, AADK ingin memberi peringatan kepada orang ramai mengenai modus operandi baharu penipuan dalam talian yang menyasarkan keluarga dan penjaga klien dengan menyamar sebagai pegawai ibu pejabat untuk mendapatkan wang ringgit.

Bagaimanapun tiada mangsa penipuan dilaporkan setakat ini memandangkan semua mangsa terus merujuk Pusat Gerakan Hotline (PGH) AADK untuk mendapatkan pengesahan.

AADK ingin menasihatkan ahli keluaga atau penjaga klien yang menerima panggilan atau e-mel mecurigakan terus menghubungi pegawai pemulihan AADK di daerah, negeri atau ibu pejabat sebelum membuat sebarang tindakan seperti melakukan transaksi pemindahan wang kepada individu atau nombor akaun yang mencurigakan.

Buat laporan polis pada kadar segera dan melaporkan perkara di pejabat AADK berhampiran atau menghubungi talian bebas tol PGH AADK bernombor 1-800-22-2235 atau aplikasi Whatsapp di talian 019626 2233.

AADK komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan klien serta keluarga atau penjaga daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. Orang ramai juga diminta untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik licik penipuan yang menyalahguna nama AADK untuk kepentingan peribadi.-UTUSAN

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN