KEMENTERIAN Pendidikan wajar meneliti cadangan untuk memberi elaun tanggungjawab kepada semua Guru Penolong Kanan (GPK) di sekolah rendah tanpa mengikut gred sekolah.
Buat masa ini hanya GPK hakiki saja yang menerima elaun sebanyak RM60 sebulan manakala GPK di sekolah kurang murid (SKM) yang dilantik secara dalaman tidak mendapat elaun sedangkan mereka juga menjalankan tugas yang sama.
Kementerian Pendidikan seharusnya membuat justifikasi baharu iaitu dengan memberi elaun tanggungjawab kepada semua GPK di sekolah yang melebihi 50 orang murid.
Sekiranya murid berkurang maka elaun tersebut boleh dibatalkan. Ketika ini, elaun yang diberi hanya kepada sekolah yang mempunyai 150 orang murid ke atas.
Cadangan memberikan elaun berkenaan tidak janggal kerana semua GPK menerima elaun hakiki di sekolah berasrama harian walaupun tidak mencapai 150 orang murid.
Justeru, sewajarnya Kementerian Pendidikan mengkaji dan meneliti untuk memberi elaun kepada semua GPK di sekolah melebihi 50 orang murid.-UTUSAN
CIKGU OTAI
Pahang










