KEMENTERIAN Pendidikan wajar meneliti cadangan untuk memberi elaun tanggungjawab kepada semua Guru Penolong Kanan (GPK) di sekolah rendah tanpa mengikut gred sekolah. Buat masa ini hanya GPK hakiki saja yang menerima elaun sebanyak RM60 sebulan manakala GPK di sekolah kurang murid (SKM) yang dilantik secara dalaman tidak mendapat elaun sedangkan mereka juga menjalankan tugas yang sama. Kementerian Pendidikan seharusnya membuat justifikasi baharu iaitu dengan memberi elaun tanggungjawab kepada semua GPK…