Ayuh remaja, pimpin diri untuk berdepan 2030

Ayuh remaja, pimpin diri untuk berdepan 2030

REMAJA hari ini adalah pemimpin esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMAJA hari ini bukan hanya berdepan dengan cabaran akademik, tetapi juga tuntutan teknologi, kesihatan mental dan keperluan jati diri yang mantap.

Remaja yang sekadar menjadi pengguna akan tertinggal. Dunia hari ini tidak menilai berdasarkan kelulusan semata-mata, tetapi siapa yang boleh mencipta, memimpin dan bertindak pantas.

Remaja perlu mempersiapkan diri bukan sekadar dengan ilmu akademik, tetapi juga kemahiran digital, kebijaksanaan emosi dan ketahanan spiritual.

Menurut pendekatan holistik yang dibangunkan pakar pendidikan, rekreasi, kerohanian dan kesejahteraan mental adalah tunjang pembinaan remaja berwibawa.

Kesejahteraan mental adalah benteng emosi. Ramai remaja tumbang bukan kerana tidak pandai, tetapi kerana enggan berubah.

Dunia baharu memerlukan pemimpin yang tahu menyesuaikan diri, yang tahu menjaga masa dan emosi, serta mampu berfikir di luar kebiasaan.

Tahun 2030 bukan ancaman. Ia adalah peluang bagi mereka yang bersedia. Remaja hari ini adalah pemimpin esok. Namun hanya yang seimbang tubuh, hati dan akal akan terus bertahan dalam dunia yang tidak mengenal simpati.-UTUSAN

DR. NOR ASIKHIN ISHAK
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN