Tambah baik modul, kemudahan di PLKN

Tambah baik modul, kemudahan di PLKN

PLKN harus ada tambah baik daripada segi kemudahan, modul dan seumpamanya bagi menarik ramai remaja akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah kembali pada 12 Januari 2025 lalu namun harus ada tambah baik daripada segi kemudahan, modul dan seumpamanya bagi menarik ramai remaja akan datang.

Antara pelatih PLKN siri lepas berkata rata-rata mahukan tambah baik termasuk panjangkan tempoh latihan dan manfaat kepada pelatih, tambahan pula modul ketenteraan perlu ditambah baik berbanding modul kenegaraan yang telah praktikkan dalam PLKN 1 dan 2. Antara modul ketenteraan lain yang harus jadikan subjek ekstra selain kelas senjata raifal, kawad kaki, abseiling seperti seni mempertahankan diri (silat, taekwondo), ilmu medan perang, kelas senjata bantuan dan lain-lain.

Seeloknya harus didedahkan supaya mereka dapat persiapkan diri jika negara kita diancam oleh musuh luar atau dalam cuba lihat contoh Estonia walaupun negara kecil tapi mampu melatih orang awam dengan modul tersebut.

Dari segi aspek perundangan pula kita ada Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (ALKN) yang mewajibkan remaja belia warga Malaysia harus mengikuti PLKN, cuma akta itu tidak konkrit kerana pelbagai sebab bagaimanapun Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Yaacob Samiran berkata ALKN akan dipinda dan bawa usul kepada Menteri Pertahanan sebaik sahaja semua kemudahan lengkap untuk PLKN 3 siri seterusnya pada 2026 nanti.

Jika ALKN berjaya dipinda maka remaja dipilih tidak boleh pertikaikan arahan, begitu juga ibu bapa, majikan tidak boleh lawan perintah akta berkenaan malah dari segi penguatkuasaan perlu lebih tegas termasuk mengenakan hukuman setimpal terhadap mana-mana individu atau majikan ingkar kecuali mempunyai alasan munasabah barulah JLKN pertimbangkan sewajarnya.

Diharap pihak berkaitan perlu kemas kini apa yang kurang dalam PLKN supaya tidaklah masyarakat dan segelintir ahli politik persoalkan seperti berlaku sebelum ini. – UTUSAN

BEKAS PELATIH PLKN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN