Peniaga kecil perlu kuasai ilmu kewangan, ubah cabaran kepada peluang

Peniaga kecil perlu kuasai ilmu kewangan, ubah cabaran kepada peluang

PENIAGA kecil perlu menimba ilmu dalam memajukan perniagaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISTERI kewangan dalam kalangan perniagaan kecil sering melibatkan kesukaran menentukan perbezaan antara aliran tunai dan keuntungan, kecelaruan menguruskan kitaran tunai, ketidakcekapan dalam mematuhi bajet, meramal kewangan masa hadapan, kesukaran dalam menangani perbelanjaan yang tidak dijangka serta mengimbangi hutang.

Menurut tinjauan awal oleh penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana pada awal 2025, kebanyakan mereka menyatakan persaingan sengit, perubahan citarasa pelanggan dan kenaikan kos, terutama bahan mentah, menjadi cabaran utama. Mereka juga perlu memikirkan strategi untuk menyerap kos operasi berikutan penyelarasan gaji minimum.

Kajian itu juga menunjukkan rata-rata pemilik perniagaan tidak mempunyai tahap literasi kewangan yang tinggi, selari dengan kajian Intuit QuickBooks 2024 yang mendapati hanya 54 peratus daripada peniaga kecil memahami konsep serta kemahiran kewangan perniagaan sebelum memulakan perniagaan.

Kedua, pertimbangkan untuk bekerjasama dengan perniagaan kecil lain untuk berkongsi kos dan sumber. Ini boleh dilakukan dengan berkongsi ruang pejabat atau peralatan, yang dapat mengurangkan beban kewangan dan meningkatkan kecekapan operasi.

Ketiga, peniaga perlu memastikan rekod kewangan sentiasa dikemas kini dan diaudit secara berkala. Ini membantu untuk mengesan sebarang kesilapan atau penyelewengan dengan cepat serta memastikan integriti kewangan perniagaan. Peniaga juga dapat membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan data yang tepat dan terkini.

Seterusnya, menggunakan perisian perakaunan yang sesuai bagi membantu mengautomasikan tugas, memantau aliran tunai dan perbelanjaan secara masa sebenar. Ini dapat membantu perniagaan memahami dan menganalisa struktur dan penggerak kos yang boleh menjadi punca kepada kerugian.

Kelima, latih pekerja mengenai kepentingan pengurusan kewangan dan cara mengenal pasti penipuan kewangan seperti mengenali tanda-tanda transaksi mencurigakan selain memahami prosedur pelaporan yang betul untuk melindungi aset perniagaan.

Selain itu, peniaga kecil juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kewangan atau mentor perniagaan yang berpengalaman. Mereka boleh memberikan panduan dan strategi yang lebih terperinci untuk mengurus kewangan perniagaan dengan lebih berkesan.

Apabila asas kewangan yang kukuh dapat dibina, ia membantu mengelakkan ketidakpastian seterusnya memastikan kelangsungan dan pertumbuhan yang mampan.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. KAMILAH AHMAD & PROFESOR MADYA DR. SHAFIE MOHAMED ZABRI
Pengurusan Teknologi dan Perniagaan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×