SAYA sering berkunjung ke Pasar Besar Sena di Kangar, Perlis untuk membeli pelbagai barangan keperluan dapur. Memang telah sekian lama saya menjadi pengunjung tetap pasar tersebut. Namun, masalah kebersihan di dalam pasar kurang menyenangkan. Ia seperti tidak terurus. Di bahagian jualan barangan basah, keadaan lantai simen licin, amat bahaya kepada pelanggan-pelanggan terutama yang sudah berusia tua. Jika tidak berhati-hati, tersilap langkah boleh tergelincir dan jatuh. Di samping itu najis kucing dan burung merpati berselerakan di merata tempat. Amat jijik dipandang. Keadaan sedemikian sangat memalukan terutama kepada pelancong yang datang ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya