MEDIA boleh dianggap sebagai elemen dan instrumen penting dalam perubahan sosial dan pembangunan masyarakat. Dalam konteks yang lebih luas, media menjadi sebahagian daripada intisari peradaban yang sekali gus berperanan mencatat dan merekod perjalanan sejarah manusia sepanjang zaman. Hakikatnya, manusia beradaptasi terhadap lingkungannya dan media pula bertindak memperpanjangkan fikiran dan pemahaman tertentu yang mampu mempengaruhi persepsi dan pemikiran masyarakat atau individu pada zamannya. Dalam konteks ini, media bergerak dan bekerja dengan…