BUAH rambutan mempunyai potensi untuk dikembangkan dengan lebih jauh melalui kolaborasi kerajaan dan sektor swasta. Buah itu boleh dipromosikan di pasaran domestik dan antarabangsa. Pertama, penggunaan teknologi terkini seperti pengawalatur tumbuhan perlu diperluaskan untuk meningkatkan pengeluaran rambutan sepanjang tahun. Teknologi ini menggunakan hormon untuk menginduksi pendebungaan rambutan bagi memastikan pokok rambutan akan berbuah walau di luar musim utama. Kedua, inovasi pelbagai produk hiliran seperti air tin rambutan, gula-gula rambutan, rambutan…