Pengkomersialan landskap air sebagai alternatif kelestarian kewangan kampus

Pengkomersialan landskap air sebagai alternatif kelestarian kewangan kampus

MENGKOMERSIALKAN landskap air di kampus boleh membawa beberapa kelebihan, sekiranya dilakukan dengan cara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan inklusif dari aspek sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Landskap air dilihat sebagai usaha kepada reka bentuk persekitaran kampus yang kondusif. Tasik buatan adalah antara elemen reka bentuk landskap air popular, yang merupakan cara terbaik untuk menghias landskap di dalam kampus. Ia bukan sahaja dapat menambah daya tarikan, malah dapat mewujudkan suasana damai, tenang dan keseimbangan psikologi dalam kalangan komuniti kampus.

Pengkomersialan landskap air di kampus melibatkan gabungan persekitaran semula jadi dengan aktiviti komersial atau menjana pendapatan. Trend ini boleh dilihat di kebanyakan universiti dan kampus di seluruh dunia dengan matlamat menggunakan tasik, bukan sahaja untuk tujuan estetik atau rekreasi tetapi juga sebagai aset komersial.

Ia boleh membawa beberapa kelebihan, dengan syarat dilakukan dengan cara bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan inklusif dari aspek sosial.

Beberapa universiti dunia berjaya mengkomersialkan landskap air adalah Universiti California, Berkeley, Universiti Toronto dan Universiti Harvard. Universiti California, Berkley membangunkan kawasan tepi lautnya menjadi ruang guna bercampur, termasuk runcit, ruang pejabat dan kemudahan awam, sambil mengekalkan fungsi akademik dan alam sekitar.

Pembangunan kampus tepi pantai di Universiti Toronto berjaya memperlihatkan gabungan kedua-dua penyelidikan akademik, ruang hidup lestari dan runcit serta mewujudkan persekitaran yang dinamik dan bersepadu. Manakala, bagi Universiti Harvard, pelan pembangunan tepian air jangka panjang berjaya mempromosikan kedua-dua kemampanan dan perdagangan bagi mewujudkan ruang yang menggabungkan penggunaan akademik dengan akses komuniti dan perkongsian perniagaan.

Dalam konteks yang lebih kecil, bagi merealisasikan hasrat untuk pengkomersialan dan penjanaan hasil pendapatan, pihak universiti boleh membangunkan kawasan landskap air sebagai kafeteria, restoren, kedai serbaneka dan ruang acara.

Selain itu, landskap air di dalam kampus juga boleh berfungsi sebagai ruang pendidikan yang meningkatkan kesedaran tentang ekologi, kemampanan dan penjagaan alam sekitar melalui pameran, papan tanda maklumat atau paparan interaktif. Penjanaan pendapatan terhasil melalui menyewaan ruang kepada komuniti luar di samping pihak universiti juga boleh bekerjasama dengan syarikat swasta untuk penjenamaan, penajaan dan usaha komersial lain.

Aktiviti ini boleh menjana pendapatan, sekali gus menyokong ekonomi tempatan dan meningkatkan kerancakan kampus.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. AZLINA MD. YASSIN
Jabatan Pengurusan Harta Tanah,
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×