Masih lagi ada amalan mensyirikkan Allah

Masih lagi ada amalan mensyirikkan Allah

SESEORANG itu mensyirikkan Allah apabila memeprcayai benang hitam dapat membantu mengelak daripada penyakit ‘ain’, gangguan makhluk halus, merawat daripada sawan, cacing dan seumpamanya. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGGUNAAN tangkal atau gelang hitam pada kanak-kanak sering menimbulkan perdebatan hangat dalam masyarakat Islam. Isu ini menjadi kebiasaan di negara kita sejak puluhan tahun dahulu sehinggalah pada hari ini.

Masih wujud kepercayaan sebegini, kononnya pemakaian gelang itu dapat menjaga bayi mereka daripada penyakit ‘ain’, gangguan makhluk halus, merawat daripada sawan, cacing dan seumpamanya.

Nabi Muhammad SAW melarang perkara ini kerana ia dapat merosakkan akidahseseorang muslim.

“Sesungguhnya jampi, tangkal, dan tiwalah adalah syirik (Riwayat Abu Daud)

Dalil-dalil ini jelas mengatakan penggunaan benang hitam dan seumpamanya untuk melindungi diri daripada gangguan roh jahat bukanlah amalan baik jika seseorang percaya perkara tersebut dapat berfungsi dengan sendirinya.

Dalam Islam, kita diajar hanya bergantung kepada Allah untuk perlindungan, sambil menggunakan cara-cara yang selamat dan dibenarkan untuk menjaga keselamatan. Jika seseorang percaya benang hitam dapat membantu mereka tanpa kuasa Allah, kepercayaan itu adalah salah dan mensyirikkan Allah.

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada gangguan roh jahat terutamanya bayi adalah dengan membaca doa-doa khusus, seperti ayat-ayat tertentu daripada al-Quran, dengan keyakinan penuh kepada Allah.-UTUSAN

RABIATUL ADAWIYAH AZMI, NUR SALSABILA ABDUL AZIZ dan SITI NUR AIN ADAWIYAH MOHD. DAUD
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN