Laungan azan bangkit semangat beribadah jemaah haji, umrah

Laungan azan bangkit semangat beribadah jemaah haji, umrah

MENDENGAR azan juga akan memberikan motivasi tambahan kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah dengan hati yang tulus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUNGAN azan sebelum berangkat menunaikan ibadah haji atau umrah merupakan amalan yang memiliki nilai rohani, selain menjadi peringatan penting kepada jemaah mengenai kewajipan ibadah.

Azan, sebagai seruan ibadah, bukan sahaja berfungsi untuk membangkitkan semangat, tetapi juga bertindak sebagai alat menyatukan niat dan memperbaharui tekad untuk memulakan perjalanan rohani yang mulia.

Apabila azan dilaungkan, jemaah diingatkan perjalanan mereka bukan sekadar fizikal ke tanah suci, tetapi untuk mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan-Nya dan melaksanakan rukun Islam yang kelima.

Azan membantu jemaah mengarahkan pemikiran dan hati mereka kepada Allah, agar semua perbuatan sepanjang ibadah dipenuhi dengan niat ikhlas dan matlamat yang mulia.

Selain itu, azan turut berfungsi sebagai pemangkin untuk mendorong jemaah melaksanakan ibadah.

Dalam laungan azan mengingatkan jemaah tentang kebesaran Allah. Seruan ini mendorong mereka menyedari betapa pentingnya tujuan ibadah dan kewajipan yang perlu dilaksanakan di tanah suci.

Mendengar azan juga akan memberikan motivasi tambahan kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah dengan hati yang tulus. Tambahan pula, azan meningkatkan kesedaran rohani dalam diri jemaah.

Sebagai seruan kepada ibadah, azan mengingatkan jemaah tentang perjalanan agung yang sedang mereka lalui. Ia bukan sahaja mengingatkan mereka tentang tanggungjawab yang akan dilaksanakan, tetapi juga memperbaharui tekad dan niat untuk melaksanakan ibadah dengan penuh keikhlasan.

Setiap kalimah dalam azan mengandungi makna mendalam yang mengajak jemaah menjadi lebih khusyuk dan fokus dalam melaksanakan ibadah. Di samping itu, laungan azan sebelum berangkat memberikan kesan psikologi yang positif dengan memperkukuhkan rasa tawakal kepada Allah.-UTUSAN

NURUL AWNI KHAIRUL AZHAN, NUR A’ISYA SOFEA SHARIFFUDDIN & NUR FATIN NASUHA ABDULLAH ALIM
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN