Jangan normalisasikan budaya LGBTQdi Malaysia

Jangan normalisasikan budaya LGBTQ di Malaysia

BUDAYA lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) yang bertentangan dengan ajaran Islam perlu dihentikan segera di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DISEBALIKNYA gahnya sebuah pertandingan lagu, ia dicemari dengan gelagat beberapa pempengaruh lelaki yang berpakaian seperti wanita semasa acara karpet merah. Sebagai pempengaruh, mereka sepatutnya membawa pengaruh yang baik kepada penonton dan peminat, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang Melayu dan beragama Islam.

Perkara ini perlu dihentikan segera, kerana itu, Ganggguan Identiti Jantina (GID) perlu dirawat.

Lebih 3,000 individu terdiri daripada maknyah, lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) berjaya dibimbing ke pangkal jalan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Saya percaya dan yakin penyakit psikologi seperti GID ini boleh dirawat dan mereka boleh di bawa ke pangkal jalan tetapi mestilah dengan cara yang betul dan Islamik.

Bahkan dengan membendungnya, kita dapat menghentikan penularan penyakit kelamin seperti gonorhea, siplis dan juga AIDS akibat hubungan songsang.

Dilaporkan sebanyak 90 peratus daripada jumlah jangkitan HIV/AIDS dari tahun 2009 hingga 2018 adalah akibat kegiatan seks tidak selamat dan dari jumlah itu hanya 10 peratus sahaja jangkitan adalah dari suntikan perkongsian jarum penagihan dadah.
Ini bermakna hubungan seks terlarang adalah penyumbang besar penyakit HIV-AIDS.

Semasa bertugas sebagai Peguam Syarie, saya mengendalikan kes yang melibatkan suami seorang ‘gay’. Perkahwinan ini hanyalah untuk menutup orientasi seksual jijik mereka. Malangnya ada yang suka meliwat isteri yang menyebabkan isteri menfailkan pembubaran perkahwinan kerana Dharar Syarie. Permohonan tersebut dibenarkan oleh mahkamah.

Ada juga kes yang menunjukkan suami melanggan pondan melalui aplikasi Whatsapp dan sebagainya. Jelas perbuatan ini boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)”. (Riwayat Ahmad, no. 2913).

Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar perbuatan keji lelaki berpakaian seperti wanita di majlis-majlis keramaian atau dilakukan secara terbuka dihentikan segera kerana membawa pengaruh yang sangat buruk kepada masyarakat.

Kita tidak menyatakan mereka melakukan hubungan terkutuk itu tetapi berketerampilan sebegitu secara terbuka seperti membudayakan LGBT dibumi bertuah ini.-UTUSAN

MOHAMMAD SHAHRAY ZULKIFLI
Bekas Peguam Syarie

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN