ISU masalah kesihatan mental kian meruncing dalam kalangan masyarakat kita sering kali disebut-sebut oleh mana-mana pihak. Perkara ini turut membabitkan murid-murid sejak di bangku sekolah lagi. Peningkatan yang ketara terhadap masalah ini telah berlaku dalam kalangan murid sejak kebelakangan ini seperti yang dipaparkan di media-media akhbar. Perkara ini mengundang kepada permasalahan seperti kes bunuh diri serta melibatkan hubungan sosial yang negatif dalam kalangan rakan sehingga ada yang membawa kepada masalah…










