Tingkat keselamatan kawasan masjid

Tingkat keselamatan kawasan masjid

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mencadangkan masjid meningkatkan keselamatan agar kejadian yang sama tidak berulang lagi di masa akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil perhatian berkaitan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial berkaitan individu yang masuk ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dan mencetuskan suasana yang tidak senang dalam kalangan jemaah. Kejadian ini berlaku pada waktu subuh pada 1 Januari 2025.

Justeru itu, pihak JAWI telah membuat siasatan berkaitan isu ini dan mendapati individu tersebut kelihatan mempunyai masalah mental dan telah mengganggu para jemaah untuk menunaikan ibadah di masjid. 

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Namun, JAWI amat kesal dengan tindakan seorang jemaah yang bertindak kasar kepada individu berkenaan berkenaan kerana itu bukanlah cara Islam dalam menangani sesuatu masalah.

Rentetan dari kejadian ini juga, pihak JAWI melalui Bahagian Pengurusan Masjid telah meminta pihak Masjid At-Taqwa untuk meningkatkan lagi keselamatan di kawasan masjid agar kejadian yang sama tidak berulang lagi di masa akan datang.-UTUSAN

 

HANIFUDDIN ROSLAN

Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN