BARU-baru ini dilaporkan sebuah syarikat penerbangan menukar pintu pelepasan tanpa pemakluman awal kepada penumpang sehingga menyebabkan mereka terlepas penerbangan. Ini menyebabkan penumpang terlepas bagi penerbangan ke Tiruchirappalli, India. Ekoran kerugian yang ditanggung, penumpang terbabit membuat laporan di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Difahamkan penumpang terbabit bersama dua saudara mereka terpaksa mengeluarkan kos tambahan RM8,000 membeli tiket baharu.
Adalah tidak adil penumpang menerima impak akibat ketidakcekapan syarikat penerbangan menguruskan hal-hal logistik.
Pertukaran dari Pintu C6 ke H tanpa pemakluman awal pegawai bertugas menyebabkan seramai tujuh penumpang terlepas penerbangan tersebut.
Saya berharap Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas kepada syarikat penerbangan terbabit sekiranya benar apa yang dilaporkan. Tiada kompromi melibatkan isu perkhidmatan kepada pelanggan yang telah membayar tiket penerbangan.-UTUSAN
KLUANG MAN
Kuala Lumpur










