BARU-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Orang Kurang Upaya (OKU) dipukul di Kemaman, Terengganu yang telah menjadi kecaman netizen terhadap pelakunya.
Sebagai anak Terengganu yang bekerja dan menetap di Lembah Klang, tindakan itu memalukan orang Terengganu yang selama ini terkenal dengan sikap ramah mesra serta sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, sesuai dengan status Terengganu Darul Iman.
Kejadian itu telah menjadi kes polis namun saya berharap hukuman setimpal dikenakan kepada samseng jalanan ini. Saya berharap kes seumpama ini tidak berulang kerana sedikit sebanyak mencemar identiti orang Pantai Timur.
Budaya memukul orang disebabkan masalah remeh temeh seharusnya dihentikan segera memandangkan ia boleh menjadi ikutan anak-anak kecil apabila perselisihan faham bakal mengundang pergaduhan yang lebih besar. Barangkali sebab itu buli masih dilaporkan di sekolah mahupun universiti kerana sikap orang dewasa sendiri yang masih tidak mampu mengawal diri.-UTUSAN
BUKAN SAMSENG KAMPUNG
Putrajaya









