Perjuangan di Gaza belum berakhir

Perjuangan di Gaza belum berakhir

RAKYAT Malaysia disaran menyokong proses pembinaan semula dan meningkatkan sumbangan terhadap bantuan kemanusiaan di Gaza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMI berharap rakyat Gaza, yang melalui perang tanpa henti selama 465 hari, kini boleh menikmati kehidupan lebih aman dan bermakna.

Mereka berhak menikmati akses kepada air bersih, tenaga, sanitasi, pengangkutan, infrastruktur serta akses kepada penjagaan kesihatan dan sistem pendidikan yang lebih baik.

Kami juga berharap rakyat Gaza diberi lebih peluang untuk meneruskan usaha ekonomi demi mencapai kehidupan yang mampan.

Kami menggesa pihak berkuasa antarabangsa untuk memastikan terma perjanjian gencatan senjata dihormati dan dipatuhi. Israel tidak seharusnya dibenarkan memulakan permusuhan sesuka hati, seperti yang mereka ancam sebelum ini.

Kami juga menegaskan kepentingan mengheret pihak yang bersalah ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Tindakan selanjutnya mesti diambil untuk memastikan mereka yang terlibat dalam jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai ini dihadapkan ke muka pengadilan.

Kami menyeru semua pihak berkaitan agar menghentikan pembekalan senjata kepada Israel untuk mengelakkan sebarang pembunuhan dan jenayah perang pada masa hadapan. Penamatan bekalan senjata kepada Israel amat penting untuk mencegah keganasan dan memupuk persekitaran yang kondusif untuk keamanan di Palestin.

Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk meningkatkan usaha dalam membantu pembinaan semula Gaza. Proses pembinaan semula Gaza memerlukan sokongan yang jitu dan sumbangan Malaysia akan menjadi amat berharga dalam mengembalikan kehidupan mereka yang terjejas.

Kami juga menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama untuk terlibat sama dalam menyokong proses pembinaan semula dan meningkatkan sumbangan terhadap bantuan kemanusiaan di Gaza.

Sumbangan, tidak kira kecil atau besar, akan memberi perubahan dalam mengurangkan penderitaan dan membina semula komuniti di sana.

Kami berjanji untuk terus memberi tekanan sosial, ekonomi dan politik terhadap penyokong penjajahan haram Palestin melalui boikot, pelupusan mahupun sekatan. Langkah-langkah ini penting untuk mempromosikan keadilan dan hak asasi manusia.-UTUSAN

GABUNGAN NGO MALAYSIA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN