Lampu isyarat hijau di Pokok Sena biarlah lama sikit

Lampu isyarat hijau di Pokok Sena biarlah lama sikit

LAMPU isyarat di hadapan balai polis Pokok Sena, Kedah yang tidak mesra pengguna jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA adalah pengguna harian jalan raya antara Kuala Nerang dan Alor Setar. Ini adalah antara laluan utama di negeri Kedah di mana pada hujung minggu dan cuti umum akan turut sibuk disebabkan kenderaan yang mahu masuk ke Thailand melalui pintu sempadan di Kota Putra atau Durian Burung.

Selain itu, lalu lintas untuk hari-hari biasa juga semakin bertambah disebabkan terdapat banyak kawasan-kawasan perumahan baharu di sepanjang laluan terutama di Pokok Sena.

Oleh itu pihak berkuasa tempatan terutama Majlis Daerah Pokok Sena perlu peka dengan perkembangan ini dan memastikan kemudahan asas juga dipertingkatkan selari dengan pertambahan penduduk.

Pertambahan penduduk bermakna pertambahan pendapatan juga kepada majlis daerah. Apabila banyak rumah baharu dibina dan penduduk bertambah maka cukai pun sudah tentu bertambah.

Apa yang saya mahu tegur di sini ialah kemudahan lampu isyarat di pekan Pokok Sena yang tidak mesra pengguna. Bayangkan, lampu isyarat di depan balai polis Pokok Sena, jalan utama dari Kuala Nerang atau Alor Setar hanya hijau selama beberapa saat. Belum sempat lepas lima buah kereta sudah merah. Ini menyebabkan kesesakan tanpa sebab. Sepatutnya lampu isyarat untuk laluan utama biarlah lama sikit, Sekurangnya boleh lepas 20 kenderaan.

Begitu juga dengan lampu di depan Pejabat Daerah Pokok Sena dan Simpang Kedondong. Semua hijau sekejap sahaja.

Satu perkara lagi, dalam zaman serba moden dengan teknologi AI sekarang ini, ketiga-tiga lampu isyarat ini sepatutnya diselaraskan, Iaitu apabila yang di depan balai polis hijau, biarlah selaras dengan yang di depan pejabat tanah dan Simpang Kedondong. Begitu juga jika dari Kedondong. Dengan itu saya yakin baharulah lalu lintas di jalan utama di Pokok Sena akan lancar. Tidak perlu sekejap bergerak, sekejap kena berhenti. Dengan itu tentu kesesakan dapat dikurangkan.-UTUSAN

AWANG DEKE
Kuala Nerang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN