Wakaf bantu asnaf dalam pendidikan

Wakaf bantu asnaf dalam pendidikan

SETIAP sumbangan wakaf membolehkan setiap pewakafan tunai layak mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 44 (11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM mendukung hasrat kerajaan untuk menjadikan wakaf sebagai salah satu elemen pemerkasaan ekonomi rakyat, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) memainkan peranan memperkasakan sektor pendidikan.

Contohnya, di Pulau Pinang, pelbagai usaha dilaksanakan oleh YWM bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar).
Antaranya:
– Pembangunan Maahad Al-Mashoor di Balik Pulau, Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) oleh Jawhar.
– Sumbangan Dana Tabung Pendidikan YWM-PINTA berjumlah lebih RM219,322 kepada PINTA Kebangsaan, bagi tujuan pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani di pusat-pusat tahfiz al-Quran seluruh negara yang memberi manfaat kepada 20 institusi tahfiz di bawah PINTA.
– Projek pembangunan sebuah makmal bahasa menerusi tujuh pembelian sebuah lori 5 tan sebagai harta wakaf alih, yang diubahsuai sebagai makmal bahasa yang dilengkapi dengan sistem teknologi dan digital, untuk dimanfaatkan oleh masyarakat di Pulau Pinang.
– Di bawah Dana Wakaf Am dan Sijil Wakaf Tunai Pendidikan pula, YWM telah membelanjakan hampir RM400,000 bagi tujuan membina dan membaik pulih infrastruktur institusi pendidikan serta menyediakan peranti pembelajaran untuk dimanfaatkan oleh pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Biasiswa Al-Falah Madani turut disediakan di bawah produk myWaqafPTPTN kepada para mahasiswa daripada keluarga asnaf yang telah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan juga daripada kalangan keluarga B40 dan M40, tidak terhad kepada beragama Islam sahaja.

Setiap sumbangan wakaf di bawah Skim Wakaf Tunai Malaysia YWM adalah di bawah Projek Berkepentingan Nasional oleh Kementerian Kewangan yang membolehkan setiap pewakafan tunai kepada YWM layak mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 44 (11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kini bermula serendah RM1, anda boleh salurkan sumbangan myWaqafPTPTN ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank.-UTUSAN

YAYASAN WAQAF MALAYSIA
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN