KETIKA pandemik Covid-19 melanda, kebanyakan sektor ekonomi menghadapi perubahan drastik untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu. Dalam konteks industri perkhidmatan, termasuk kedai gunting rambut, perubahan ini melibatkan pengenalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Untuk mematuhi arahan kerajaan, pengusaha kedai gunting rambut terpaksa membeli peralatan perlindungan diri (PPE), apron pakai buang, pelitup muka, pelindung muka, dan cecair pensanitasi tangan. Langkah ini tidak hanya meningkatkan kos operasi, malah menyebabkan kenaikan harga…