RAKYAT Malaysia yang mengikuti laporan berita dunia dapat mengenal begitu banyak pertubuhan, kesatuan dan persidangan telah diadakan untuk mencari persetujuan mengatasi ancaman yang dihadapi dunia semasa dunia masih mengharamkan bom atom, senjata yang menamatkan peperangan dunia.
Tetapi negara berkuasa mengatasi segala persetujuan, kepercayaan dan agama.
Bom atom yang kecil boleh diterbangkan kepada sasaran untuk menamatkan perjuangan dan ancaman tempatan.
Malaysia ada Rukun Negara untuk panduan fikiran rakyat hidup aman. Malaysia boleh menambah kekuatan keamanan jika Malaysia mengadakan National Service atau Panggilan Negara (PN).
PN membina semangat kenegaraan di masa aman. PN menambah kerahan tenaga diwaktu negara menghadapi ancaman. PN boleh menjauh diri dari merokok, dadah dan minuman haram melalui latihan disiplin. Belia diwajib PN dari umur 20 sehingga 30 tahun. Belia PN boleh juga ditawar berkhidmat di luar negara.
Peperangan memerlukan belanjawan yang lebih besar, begitu juga belanjawan persiapan mengekal keamanan.
Malaysia ada Petronas dan minyak juga boleh menambah kekayaan dan keamanan negara. – UTUSAN
PAK LAH
Ampang, Selangor










