Papan tanda perlu martabatkanbahasa Melayu

Papan tanda perlu martabatkan bahasa Melayu

SESUATU papan iklan itu wajib menggunakan bahasa Melayu di bahagian atas dengan saiz tertentu kemudian diikuti oleh bahasa Cina dan India.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA ingin memberi pandangan tentang isu papan tanda yang mencabar kedaulatan bahasa Melayu dan pada masa yang sama menjadi isu perkauman. Hak keistimewaan bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan penggunaan bahasa Melayu wajib pada papan iklan.

Papan iklan wajib menggunakan bahasa Melayu di bahagian atas dengan saiz tertentu kemudian diikuti oleh bahasa Cina dan India. Jadi, peraturan ini sudah lama terpakai dan perlu dipatuhi. Bagi pelancong yang berkunjung ke negara ini mereka perlulah memahami dengan mencari maksud tulisan bahasa Melayu, Cina dan India tersebut.

Lagipun, penggunaan tiga bahasa dalam papan iklan adalah untuk memudahkan tiga kaum tempatan dan tidak terpakai kepada rakyat luar kerana bahasa Inggeris mengambil peranan sebagai bahasa antarabangsa.

Oleh itu, saya mencadangkan papan tanda iklan perlulah ditambah bahasa Inggeris sesuai dengan peranan bahasa tersebut di peringkat antarabangsa. Selain itu, dalam mempertabat dan meninggikan peranan bahasa Melayu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bertegas dan bukan hangat-hangat tahi ayam dalam menjaga hak dan kepentingan bahasa kebangsaan ini.

Contohnya, premis yang tidak mematuhi syarat papan iklan seperti menulis bahasa Mandarin sepenuhnya hendaklah didakwa kerana melanggar syarat akta papan iklan, bukan menjadikannya sebagai isu perkauman pula. Pihak tertentu diharapkan janganlah menjadikan sesuatu yang sudah diterima sebagai akta dan peraturan sebagai modal politik sempit untuk meraih sokongan pula.

Sebaliknya, perlulah menjelaskan keadaan sebenar dan lebih elok lagi mempertahankan peraturan dan nama baik negara. Sikap cintakan negara bukan sahaja dilihat dengan kehadiran dan kibaran bendera di hari kebangsaan, tetapi menjelaskan kepada warga asing tentang kedaulatan undang-undang negara yang wajib dijaga dan dipelihara oleh segenap lapisan masyarakat yang bergelar warganegara Malaysia.-UTUSAN

BANGSA BERMARUAH
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN