Masyarakat kita masih pengotor

Masyarakat kita masih pengotor

SIKAP pengotor dan membuang sampah sesuka hati ini masih lagi membelanggu masyarakat kita walaupun negara sudah semakin maju.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMA ada memandu di lebuh raya, atau ketika beratur panjang dalam kesesakan jalan di ibu negara, sering kali terlihat pemandu mencampak sesuatu keluar dari tingkap kenderaan mereka.

Perbuatan ini tidak mengira darjat. Sampah ini bukan sahaja terbang keluar dari kereta milik orang marhaen, tetapi juga daripada kereta-kereta mewah yang harga lebih mahal dari sebuah rumah.

Jika kita menelusuri lebuh raya, akan kelihatan petugas mengutip sampah. Dari mana datangnya sampah itu kalau bukan daripada kita pengguna lebuh raya dan jalan raya.

Sikap pengotor dan membuang sampah sesuka hati ini masih lagi membelanggu masyarakat kita walaupun negara sudah semakin maju.

Kita kagum dengan cara orang Jepun, Korea Selatan dan Singapura menjaga kebersihan negara mereka, tetapi kita tidak mencontohinya.

Walaupun negara kita sudah maju, namun mentaliti masyarakat kita masih mundur, masih setaraf dengan negara-negara miskin berdasarkan tabiat suka buang sampah merata-rata ini.

Sampai bilik perbuatan jijik akan berterusan tidak ada siapa yang tahu, cuma diharapkan masyarakat kita cepat sedar dan segera menghentikan budaya pengotor ini.-UTUSAN

AWANG DEKE
Pokok Sena, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN