PERSATUAN Pengurusan Pembersihan Malaysia (MACM) mengalu-alukan usaha kerajaan untuk melaksanakan kontrak pembersihan berasaskan prestasi (PBC) mulai awal tahun depan. Pada masa ini kontrak pembersihan terikat dengan bilangan pekerja yang perlu dibekalkan oleh kontraktor. Sekiranya gagal, kontraktor akan didenda sehingga RM200 sehari bagi setiap seorang pekerja yang kurang. Kontraktor pembersihan seolah-olah pembekal buruh dan bukan penyedia perkhidmatan pembersihan. Ia membunuh inisiatif kontraktor untuk memilih kaedah yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatannya iaitu…










