Jangan pandang remeh kecuaian dalam air

Jangan pandang remeh kecuaian dalam air

Ramai juga tidak mengambil berat isu keselamatan apabila melakukan aktiviti luar seperti berkelah, bersantai, rekreasi, menangkap ikan, memancing, bersukan dan sebagainya. Jika mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut menyedari tentang bahaya, pastinya akan lebih berwaspada seperti memakai jaket keselamatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJADIAN lemas semakin kerap berlaku. Data dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) secara purata mendapati sebanyak 265 orang mati lemas di seluruh negara setiap tahun dalam tempoh lima tahun hingga 2022.

Kemalangan begini boleh dikurangkan sekiranya kita lebih cakna tentang perubahan cuaca dan mempraktikkan ilmu renang yang dipelajari.

Mungkin ramai kalangan individu yang tidak pandai berenang kerana menganggap ia tidak penting ataupun sukar mendapat kemudahan untuk belajar ilmu itu. Bahkan ibu bapa juga jarang sekali bercerita bahaya air dalam keadaan tertentu.

Ramai juga tidak mengambil berat isu keselamatan apabila melakukan aktiviti luar seperti berkelah, bersantai, rekreasi, menangkap ikan, memancing, bersukan dan sebagainya. Jika mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut menyedari tentang bahaya, pastinya akan lebih berwaspada seperti memakai jaket keselamatan.

Kejadian yang berlaku di luar jangka dan mengejut seperti perahu atau bot karam memang sukar dielakkan meskipun pandai berenang atau mempunyai alat keselamatan diri kerana itu perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca semasa.

Tidak prihatin dan ambil mudah berkaitan maklumat dan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia) boleh mengundang bahaya. Perubahan dan keadaan cuaca seperti hujan berlebihan diikuti angin dan ribut boleh menyebabkan bencana alam.

Oleh itu, setiap daripada kita wajar bertindak bagi mengelakkan kemalangan lemas. Antaranya:

Wajar pandai berenang walaupun secara asas. Sekurang-kurangnya dengan ilmu yang diperoleh dapat mengapungkan badan dari tenggelam jika berlaku kecemasan.

Sepatutnya sebagai ibu bapa sekiranya beriadah bermain air, mereka sepatutnya menggunakan kesempatan itu untuk mengajar anak berenang dan menerangkan kepentingannya ketika kecemasan.

Sementara bagi nelayan atau golongan yang gemar melakukan aktiviti air sama ada sebagai nelayan dan pemancing, mereka sepatutnya melengkapkan diri dan sentiasa pastikan alat keselamatan berada pada tahap yang baik. – UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN