Hati-hati agensi pelancongan tidak berlesen

Hati-hati agensi pelancongan tidak berlesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU tular mengenai Kim Seri, seorang pempengaruh media sosial dan usahawan Malaysia yang menetap di Korea Selatan mengenai dakwaan penipuan berkaitan perkhidmatan agensi pelancongan miliknya telah menjadi tumpuan ramai.

Mana-mana orang yang menjalankan atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan perniagaan pengendalian pelancong atau perniagaan agensi pengembaraan tanpa lesen yang sah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] melakukan kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sering menyarankan masyarakat untuk membeli pakej pelancongan daripada agensi perniagaan pengendalian pelancong atau perniagaan agensi pengembaraan yang berlesen dengan MOTAC bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Senarai agensi yang berlesen terkini boleh diperoleh daripada laman rasmi MOTAC.

Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa atau keluarga mangsa dalam kes ini dinasihatkan untuk membuat laporan polis di balai polis berdekatan dan membuat laporan serta aduan rasmi kepada pihak MOTAC melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), MOTAC untuk membantu siasatan.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap pemakluman rasmi daripada kementerian dan membuat pengesahan terlebih dahulu terhadap apa-apa pakej yang ditawarkan oleh mana-mana agensi perniagaan pengendalian pelancong atau perniagaan agensi pengembaraan demi memastikan hak pembeli terpelihara dan mengelakkan kes penipuan. MOTAC juga akan terus memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. – UTUSAN

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN