SAYA merupakan salah seorang penduduk di Kampung Giching di Sepang, Selangor yang tertekan berikutan gangguan monyet di kawasan perumahan.
Justeru, saya memohon jasa baik pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) supaya menangkap monyet yang sentiasa datang, mengganggu dan berkeliaran selain merosakkan tanamam penduduk kampung.
Setiap hari beratus ekor monyet datang mencari makan dan membuat bising di kampung kami dan kampung sebelah iaitu Kampug Labu Lanjut.
Sejak akhir-akhir ini gangguan binatang tersebut sudah tidak boleh dikawal lagi. Ini disebabkan binatang-binatang tersebut hilang tempat habitatnya berikutan penambahan pembinaan taman perumahan.
Saya sendiri beberapa kali terpaksa menggantikan batang paip tangki air di atas bumbung yang dipatahkan binatang berkenaan. Begitu juga beberapa bumbung dicabut.
Mohon pihak Perhilitan mengambil berat masalah kami dengan segera bagi meredakan gangguan monyet tersebut.-UTUSAN
ZAINAL KATIM
Kampung Giching, Sepang, Selangor










