Kecewa kouta solar NEM Rakyat habis

Kecewa kouta solar NEM Rakyat habis

KALAU, kuota untuk NEM Rakyat sudah kehabisan maknanya tidak ada gunanya program ini dilanjutkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini saya mahu mencuba untuk memohon bagi pemasangan sistem solar di rumah selepas diberitahu bahawa ia mampu membantu menjimatkan bil elektrik setiap bulan.

Pada masa yang sama ia bertujuan untuk menanam sikap mengutamakan kelestarian alam dan mengurangkan pelepasan karbon dalam kalangan ahli keluarga.

Ini kerana difahamkan tenaga solar akan membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang mana menjadikan ia lebih mesra alam.

Malangnya ketika saya mahu memesan pemasangan solar dengan subah syarikat bumiputera iaitu Gading Kencana Sdn. Bhd.. di bawah pakej Solar Rakyatnya, saya diberitahu bahawa semua pakej itu terpaksa dihentikan buat seketika ekoran kuota NEM Rakyat sudah kehabisan.

Berdasarkan penjelasan NEM bermaksud program Pemeteran Tenaga Bersih yang diperkenalkan oleh kerajaan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

Kouta ini perlu kerana tenaga yang dijana daripada panel solar yang dipasang dibumbung rumah akan disalurkan ke grid Tenaga Nasional Berhad (TNB). Apabila pengguna menggunakan elektrik pada sebelah malam, maka jumlah elektrik yang kita gunakan akan ditolak dengan elektrik yang dijana daripada solar. Dari situ kita dapat tenaga bersih yang kita gunakan.

Untuk pemasangan solar kegunaan domestik atau kediaman, ia dikenali sebagai NEM Rakyat. Disebabkan kesedaran yang semakin meningkat akan keperluan tenaga bersih dalam kalangan rakyat maka permintaan untuk NEM Rakyat ini cukup menggalakkan.

Di bawah program NEM 3.0, kuota NEM Rakyat sebanyak 300 megawatt (MW) telah habis dilanggap pada September lalu. Kemudiannya, kerajaan menambah sebanyak 50MW lagi kouta untuk NEM rakyat, namun ia habis dilanggan pada awal November ini.

Sebab itu, ketika saya memesan untuk pemasangan solar ini koutanya sudah tiada lagi. Sedangkan dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada Oktober lalu menyatakan program NEM 3.0 ini akan diteruskan hingga pertengahan tahun hadapan.

Kalau, kuota untuk NEM Rakyat sudah kehabisan maknanya tidak ada gunanya program ini dilanjutkan.

Mungkin untuk menampung permintaan yang menggalakkan daripada sektor domestik kerajaan boleh memindahkan kuota NEM Gomen yang masih berbaki hampir separuh kepada NEM Rakyat.-UTUSAN

 

RAKYAT KECEWA

Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN