Bendung gejala buli berdasarkan maqasid syariah

Bendung gejala buli berdasarkan maqasid syariah

PENDEKATAN maqasid syariah boleh dijadikan panduan untuk menangani dan membendung gejala buli. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BULI di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan isu yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada individu yang dibuli, tetapi juga kepada suasana pembelajaran dan perkembangan akademik.

Dalam konteks ini, pendekatan maqasid syariah boleh dijadikan panduan untuk menangani dan membendung gejala buli.

Aspek pertama maqasid syariah yang relevan adalah memelihara nyawa dan kesejahteraan. Buli boleh menyebabkan kesan fizikal dan emosi yang serius kepada mangsa. Oleh itu, IPTA perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan keselamatan pelajar. Ini termasuklah mengadakan kempen kesedaran tentang buli dan kesan-kesannya kepada pelajar. Program ini boleh melibatkan penceramah dari pelbagai latar belakang, termasuk pakar psikologi dan bekas mangsa buli.

Selain itu, boleh adakan saluran yang selamat dan mudah diakses untuk pelajar melaporkan kes buli. Kerahsiaan dan tindakan segera perlu dipastikan agar pelajar merasa selamat untuk melaporkan kejadian.

Kedua, memelihara akal lebih penting dalam konteks akademik. Ini bermakna IPTA perlu menggalakkan pengajaran nilai-nilai murni dan etika dalam kurikulum. Pendidikan yang menekankan kepentingan hormat-menghormati, empati dan kerjasama dapat membantu membina kesedaran tentang kesan negatif buli.

Begitu juga dengan program bimbingan dan kaunseling untuk membantu pelajar mengatasi tekanan serta cabaran yang mereka hadapi. Kaunselor boleh memainkan peranan penting dalam membantu mangsa buli untuk pulih dan kembali ke landasan yang betul.

Maqasid syariah juga menekankan pentingnya memelihara keturunan dan maruah. Buli boleh merosakkan maruah individu dan memberi kesan jangka panjang kepada kehidupan mereka.

Untuk menangani isu ini, IPTA boleh menggalakkan budaya menghormati antara pelajar dan kakitangan. Aktiviti seperti kempen ‘Hargai Perbezaan’ atau ‘Satu Keluarga, Satu IPTA’ boleh membantu membina suasana positif dan mengurangkan potensi buli.

Selain itu, boleh juga menetapkan tindakan disiplin yang tegas terhadap pelaku buli seperti amaran, penggantungan atau pemecatan, bergantung kepada tahap keseriusan buli yang dilakukan. Tindakan ini bukan sahaja bertujuan menghukum tetapi juga untuk memberi amaran kepada orang lain tentang kesan buli.

Dalam masa sama pemantauan berterusan perlu dilakukan. Ini termasuk kajian serta tinjauan untuk menilai kesan program anti-buli dan memperbaiki strategi yang ada.

Sudah tiba masanya kita mengambil langkah proaktif dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

MOHD KHAIRULAZMAN ABU BAKAR
Pensyarah Kanan,
Politeknik Hulu Terengganu (PHT)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN