PADA 2023, laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan beberapa kajian bebas agensi penyelidikan dalam negara mendapati lebih 50 peratus pekerja Malaysia mengalami tekanan kerja dan hampir 25 peratus mengalami tekanan tinggi di tempat kerja. Jurang dalam perlindungan insurans kesihatan psikososial masih besar. Kebanyakan yang ditawarkan majikan tidak merangkumi perkhidmatan kesihatan psikososial, menjadikan pekerja terdedah, terutamanya ketika memerlukan bantuan untuk mengatasi kepenatan, kemurungan, atau kebimbangan. Kerjasama AIA Malaysia dengan platform kesihatan…










