Tiada subsidi untuk pelajar T15 tidak wajar

Tiada subsidi untuk pelajar T15 tidak wajar

IBU bapa bekerja keras mencari nafkah dan membayar cukai, namun anak-anak mereka perlu membayar yuran lebih tinggi. Adakah ini cara untuk menghukum rakyat yang baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) membantah keputusan kerajaan untuk membatalkan subsidi kepada pelajar T15 dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Keputusan itu tidak munasabah dan adil. Pendidikan untuk semua seharusnya dilayan sama rata. Melakukan diskriminasi seperti ini hanya akan meningkatkan ketidaksamarataan sosial.

Ibu bapa bekerja keras mencari nafkah dan membayar cukai, namun anak-anak mereka perlu membayar yuran lebih tinggi. Adakah ini cara untuk menghukum rakyat yang baik.

Dalam pada itu, kami juga menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum. Jika kos pengeluaran syarikat meningkat, mereka terpaksa menaikkan harga barang atau membuat pembuangan pekerja.

Kedua-dua situasi ini tidak baik untuk ekonomi. Kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dengan lebih mendalam, mencari penyelesaian yang menang-menang dan tidak selalu menekan perusahaan kecil dan sederhana.

Yang paling mendapat manfaat daripada kenaikan gaji minimum adalah pekerja asing dalam sektor intensif buruh.

Negara kita hanya membawa masuk pekerja asing berkemahiran rendah, manakala bakat berkemahiran tinggi terus meninggalkan negara.

Jadi, kenaikan gaji minimum tidak memberikan faedah kepada negara, malah membazir sumber. – UTUSAN

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
Presiden Nasional GERAKAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN