KETERLIBATAN secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam mengarusperdanakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) semakin mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara, khususnya dari China. Menerusi inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) yang berperanan sebagai platform kerjasama dua negara membangunkan TVET, seramai 14 orang bakat muda yang berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Teknologi Automotif telah berangkat ke China bagi melanjutkan latihan TVET di peringkat Diploma in Automotive Inspection and…