Mula tanam sejenis sayur, buah untuk keperluan diri

Mula tanam sejenis sayur, buah untuk keperluan diri

AJAR diri untuk memulakan sejenis tanaman bagi menampung keperluan sendiri dan keluarga dalam usaha mengurangkan pembelian di pasar raya ekoran harga tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Kenaikan harga barang antara perkara yang meresahkan rakyat. Pihak mana sekali pun yang menjadi kerajaan tidak boleh lari daripada menangani permasalahan tersebut.

Anak puyu anak berudu,
Anak haruan tertelan batu,
Banyak isu antara isu,
Harga barang naik rakyat naik hantu.

Suatu ketika dahulu di era Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan wawasannya terhadap usaha bagi mengembeling tenaga ke arah memperbanyakkan kegiatan bercucuk tanam. Namun wawasan tersebut dipandang sepi sahaja sedangkan ia boleh dianggap ‘percuma’ yakni saling untuk memperlengkapkan keperluan pengguna di masa akan datang.

Suatu masa lalu di kampung-kampung tercampak sahaja biji benih pun boleh tumbuh tetapi sekarang sudah tiada lagi kerana di pasar-pasar berlambak barangan keperluan dapur. Jadi sekarang hanya sediakan wang secukupnya sahaja. Mungkin zaman berubah dan minda rakyat pun ikut berubah.

Kini rakyat semakin terasa peritnya. Pun begitu, perbandingan harga barang jika mahu dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun lalu ibarat langit dan bumi. Contohnya, bihun dulu berharga RM19 satu pukal tetapi sekarang harga sudah semakin menaik. Telur masin dahulu berharga RM23 untuk 50 biji sekarang sekali ganda kenaikannya. Bendi juga naik dua kali ganda berbanding RM35 untuk satu kilo.

Terdapat formula yang digunakan oleh Saidina Umar RA apabila harga barang melonjak naik. Dicadangkan supaya menghapuskan sementara cukai import untuk membolehkan harga atau barang yang dibawa masuk tanpa nilaian cukai import. Ini membolehkan harga dapat diturunkan. Sekiranya sampai suatu ketika jika sudah semakin pulih, barulah dinilaikan semula.

Tetapi jalan penyelesaian yang boleh diambil adalah dengan menanam sendiri. Antara sumber makanan yang boleh ditanam tanpa memerlukan kawasan tanah yang luas ialah pisang, kangkung, cili, terung, timun.

Bahkan, di rumah tinggi seperti pangsapuri dan kondominium juga boleh menanam pelbagai jenis sayuran di balkoni melalui cara hidroponik.

Kita boleh mulakan dengan kempen satu rumah keterjaminan barang dapur.

Ia bukan sahaja untuk dinikmati diri sendiri dan keluarga tetapi dalam masa sama dapat menstabilkan semula harga barangan keperluan kerana tidak lagi perlu mengimport kerana rakyat Malaysia boleh menghasilkannya sendiri.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN