SAUDARA PENGARANG, PENGUMUMAN kenaikan gaji kepada 1.5 juta penjawat awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu ternyata menggembirakan penjawat awam yang tertunggu-tunggu berita tersebut sejak kali terakhir pelarasan gaji disemak pada 12 tahun dahulu. Pelarasan gaji atau kenaikan gaji penjawat awam bukan sekadar memanfaatkan golongan penjawat awam semata-mata tetapi kelimpahannya memberi kesan positif rangsangan kepada ekonomi domestik. Kenaikan gaji yang lebih tinggi akan menyebabkan pendapatan…










