Festival TVET Madani bukan sekadar pameran

Festival TVET Madani bukan sekadar pameran

FESTIVAL ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan keupayaan TVET dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten, tetapi juga menekankan kepentingan dalam memelihara warisan budaya kita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

FESTIVAL TVET Madani adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk memartabatkan ilmu warisan negara melalui pendekatan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Festival ini akan menyatukan pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, industri dan masyarakat dalam usaha bersama untuk memelihara dan mempromosikan warisan ilmu yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Para pelajar, pendidik, dan masyarakat umum akan dapat mendalami pelbagai aspek warisan budaya sambil menerapkan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri masa kini.

Festival ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan keupayaan TVET dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten, tetapi juga menekankan kepentingan dalam memelihara warisan budaya kita.

Festival yang bertujuan memajukan industri pelancongan, hospitaliti dan gastronomi Malaysia melalui TVET ini akan berlangsung pada 6 hingga 8 September 2024, 8.00 pagi hingga 5.00 petang di perkarangan Kolej Komuniti Selayang.

Festival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan inovasi, seminar penyelidikan, perkongsian ilmu TVET, sukan dan pelancongan kesihatan, pameran kerjaya, dan kursus-kursus pendek yang berunsurkan kemahiran kepada masyarakat.

Aktiviti lain termasuk Tourism dan Hospitality Run bagi mempromosikan kecergasan dalam industri pelancongan dan hospitaliti, serta pameran Makanan Warisan Unik & Viral yang menonjolkan kepelbagaian kulinari warisan Malaysia yang unik.

Festival TVET Madani dijangka menjadi satu acara tahunan yang bakal mengumpulkan ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Semua dijemput hadir untuk menyertai dan memeriahkan festival ini serta sama-sama memperkukuh warisan ilmu Malaysia Madani. – UTUSAN

JAWATANKUASA PROMOSI
Festival TVET Madani @ KKSY, Kolej Komuniti Selayang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN