Benarkan sekolah bebas terima tajaan dari luar

Benarkan sekolah bebas terima tajaan dari luar

SELAGI bantuan tersebut tidak mengganggu pembelajaran, maka selagi itu tidak salah untuk pihak sekolah menerima mana-mana sumbangan. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERHUBUNG dengan isu sekolah menerima tajaan syarikat luar, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tetap berpegang kepada pendirian bahawa Kerajaan Perpaduan harus melonggarkan garis panduan dan membenarkan sekolah-sekolah Cina bebas memilih rakan kongsi untuk menganjurkan aktiviti. 

Pendidikan perlu diutamakan, selagi bantuan tersebut tidak mengganggu pelajaran anak-anak kita, maka selagi itu tidak salah kepada mana-mana sumbangan memasuki perkarangan sekolah, noktah.

Sekolah-sekolah Jenis Cina terpaksa mengumpul dana sendiri disebabkan oleh peruntukan yang kurang mencukupi daripada pihak kerajaan, maka bagi keperluan perbelanjaan pembangunan, mereka terpaksa mendapatkan dana luar. 

Ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional (PN) mempunyai pandangan berbeza terhadap pendirian Gerakan dalam isu ini, inilah sebabnya Presiden Gerakan memutuskan untuk membawa perkara ini ke Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN dan bukannya membuat kenyataan sembarangan.

Nasihat saya, jangan cuba mengapi-apikan persefahaman dalam kalangan PN. Kalau ada perbezaan, dalam PN kita duduk dan berbincang, serta selesaikannya. 

Gerakan juga menghormati pendirian politik dan perjuangan Pas, tetapi kita juga percaya Pas akan menghormati Malaysia sebagai negara berbilang kaum, dengan setiap kaum harus saling memahami dan menghormati hak masing-masing.

Hanya dengan perpaduan kita dapat mencapai kemakmuran bersama. Mana-mana parti yang ingin memenangi kuasa pusat harus mendapatkan sokongan pengundi dari semua kaum dan menerima hakikat pembentukan masyarakat majmuk. 

PN dari mulanya mengamalkan persefahaman kolektif dan kami percaya perdebatan ini mempunyai asasnya tersendiri. Kita hormat tetapi tetap ketengahkan pendapat kita. 

Tidak dapat dielakkan bahawa parti-parti komponen akan mempunyai pandangan berbeza mengenai beberapa isu, dasar atau kejadian, tetapi akhirnya, perkara tersebut harus dibincangkan dalam pimpinan tertinggi PN untuk mencari titik persamaan yang boleh diterima oleh semua.-UTUSAN

WENDY SUBRAMANIAM

Ketua Penerangan Gerakan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×