SAUDARA PENGARANG, HIMPUNAN Gerakan Islam Malaysia (Hikam) menzahirkan rasa kesal dan kecewa apabila isu-isu berkaitan Palestin diperalatkan untuk menyerang lawan politik, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Bakap, pada 6 Julai ini. Isu-isu berkaitan Palestin adalah isu kemanusiaan dan pelanggaran prinsip hak asasi yang amat serius dan kritikal, yang tidak seharusnya diperalatkan untuk meraih sokongan politik. Apabila dipolitikkan, isu Palestin yang sepatutnya menyatukan, berpotensi pula memecah-belahkan rakyat…










