SAUDARA PENGARANG, HOBI mengumpul setem merupakan antara hobi yang semakin dilupai. Pada suatu ketika dahulu, hobi ini merupakan antara hobi yang paling digemari ramai dan popular, baik dalam kalangan orang dewasa mahu pun kanak-kanak dan remaja. Kini hanya segelintir sahaja masih setia mengumpul dan menghargai setem. Senario ini sedikit sebanyak disebabkan kemajuan teknologi maklumat yang mengubah cara berkomunikasi. Kiriman kad ucapan perayaan, ucapan tahniah dan ucapan ulang tahun kini melalui…










