Tugas berat belia jaga negara bermula hari ini

Tugas berat belia jaga negara bermula hari ini

GOLONGAN belia perlu bersedia dalam memajukan diri dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yang besar kepada negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

“APABILA kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.”

Itulah kata kata yang lahir daripada Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Menurut kata-kata tersebut, dapat disimpulkan bahawa generasi muda itu merujuk kepada golongan belia kerana merekalah yang bakal mewarnai corak peradaban bangsa pada masa hadapan.

Nilai kepentingan belia kepada pembangunan negara dapat juga diperhatikan melalui cogan kata seperti Belia Tonggak Negara, Belia Harapan Bangsa, Belia Cemerlang dan Negara Gemilang, Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok dan sebagainya.

Sesungguhnya, tanggungjawab besar belia untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda ini jugalah dianggap sebagai tempoh waktu yang penting bagi pembentukan generasi pelapis kerana pada ketika ini berlakunya pertumbuhan jasmani, pemikiran, akhlak serta bakat seseorang itu berada pada tahap yang sangat sesuai untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmu pengetahuan.

Maka tidak hairanlah, ada yang mengatakan pada peringkat ini, golongan belia berada dalam tahap paling baik untuk melakukan perancangan dan tindakan yang boleh membantu kemajuan dirinya dan juga ummah.

Namun begitu, apa yang dapat kita lihat dalam suasana semasa, dalam arus kemodenan dan kemajuan ini, golongan belia menghadapi cabaran sangat hebat. Golongan ini bukan sahaja terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sihat seperti budaya hedonisme, bahkan mereka seringkali dikaitkan dengan kegiatan penagihan dadah, rempit dan jenayah, ragut, lumba haram dan sebagainya.

Justeru itu, mereka perlu memikirkan masa depan agar dapat menghasilkan kesedaran. Bak kata pepatah ‘Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.’

Sebenarnya pada usia muda ini adalah waktu yang paling baik untuk menimba ilmu pengetahuan serta kemahiran dan apabila seseorang itu telah mencapai usia 40 tahun, dia dikatakan telah mencapai tahap kematangan.

Dalam pada itu, golongan belia perlu bersedia dalam memajukan diri dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Semoga golongan belia hari ini bersedia untuk menjadi seseorang yang mempunyai jati diri yang kuat dalam usaha menjauhkan diri daripada sebarang amalan dan tindakan yang boleh merosakkan diri, maruah dan melemahkan umat Islam.-UTUSAN

Jika persediaan ini disempurnakan dengan baik dan rapi, maka cogan kata ‘Belia Hari Ini Cermin Masa Depan Negara’ dapat dilihat dan dilaksanakan dengan jayanya.

AMIR AKHMAL BAHARIN
Pengerusi Kesatuan Pemuda Islam Taiping

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN