SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin menyarankan agar kerajaan mewujudkan undang-undang lebih tegas dalam menangani isu berkaitan akta hasutan yang menunjukkan trend semakin membimbangkan dan berleluasa di negara ini. Sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk mengkaji dan menggubal rang undang-undang yang lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan sebarang kecenderungan menghasut untuk membawa kebencian atau penghinaan terhadap hak keistimewaan orang Melayu, institusi raja-raja Melayu atau kerajaan. Antara yang boleh dipertimbangkan ialah…










