SAUDARA PENGARANG, TAHNIAH dan syabas kepada semua tetamu Allah yang terpilih dan berpeluang menunaikan haji pada 2024 bagi menyempurnakan rukun Islam kelima. Pelaksanaan ibadah haji membawa mesej dan pengajaran yang amat penting tentang kesatuan ummah yang harus dihayati oleh umat Islam di seluruh dunia. Penyatuan umat Islam di seluruh dunia berdasarkan kepada keyakinan dan akidah yang sama iaitu menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah. Pelaksanaan solat dan tawaf di Kaabah…