Bela pengamal media sambilan

Bela pengamal media sambilan

PENGAMAL media sambilan akan menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh satu tahun mulai 1 Julai ini yang akan ditampung sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAI bekas pengamal media, saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk menguruskan pemberian caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada para pengamal media sambilan di negara ini.

Berdasarkan data Jabatan Penerangan, seramai 565 pengamal media yang berdaftar di negara bertaraf sambilan atau stringers dan Perkeso mengesahkan 538 daripadanya tiada caruman Perkeso, namun layak didaftarkan.

Para pengamal media sambilan akan menerima caruman Perkeso tersebut bagi tempoh satu tahun mulai 1 Julai ini yang akan ditampung sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Berikutan itu, saya berharap semua organisasi media berdaftar di negara ini menyahut seruan Menteri Komunikasi untuk mengemas kini data masing-masing supaya mereka yang layak akan sama-sama merasai faedahnya.

Saya juga menasihatkan para pengamal media sambilan di negara ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh berhemah. Mereka tidak boleh meletakkan diri mereka sebagai pengamal media taraf kedua selepas pengamal media sepenuh masa.

Saya sendiri pernah menjadi wartawan sambilan dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selama 24 tahun selepas menamatkan perkhidmatan sebagai wartawan sepenuh masa dengan Utusan Malaysia selama 23 tahun.

Namun, semasa bertugas dengan Bernama, saya tidak menganggap diri saya tahap rendah berbanding para wartawan sepenuh masa.

Paling penting bagi saya menjaga imej organisasi tempat bertugas dengan penuh semangat menghasilkan berita yang benar, tepat dan berkualiti.

Golongan wartawan di Malaysia harus bersyukur kerana negara sekarang ditadbir oleh kerajaan yang peka membela nasib mereka.

Banyak lagi bentuk bantuan diberikan oleh kerajaan kepada para pengamal dan bekas pengamal media termasuk sumbangan kewangan kepada bekas pengamal media yang uzur dan memerlukan rawatan perubatan.

Saya difahamkan Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM1 juta untuk pemberian sumbangan kewangan tersebut bermula tahun lepas dan jumlah yang sama diberikan pada tahun ini.

Bagi menghargai pengorbanan rakan-rakan media, kerajaan juga bersetuju memberi rebat bil telefon pelan pascabayar Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media untuk tahun kedua pada bulan kebangsaan nanti.-UTUSAN

Ini bermakna, pada Bulan Kebangsaan nanti, para pengamal media tidak perlu membayar bil telefon.

RAMLI ISMAIL
Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN