Sudah sediakah peniaga dengan sistem e-invois?

Sudah sediakah peniaga dengan sistem e-invois?

KOS untuk memulakan perniagaan akan menjadi lebih tinggi dengan pengenalan e-invois dan sistem elektronik selalu mempunyai caj perkhidmatan tambahan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PARTI Gerakan Rakyat (Gerakan) berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula dan memberi kemahiran yang secukupnya kepada peniaga sebelum mewajibkan sistem e-invois dalam urusan pembayaran.

Sistem e-invois yang akan dikuatkuasakan pada Julai tahun depan serba sedikit memberi kesan negatif kepada peniaga terutamanya peniaga-peniaga kecil tepi jalan.

Peniaga kecil dan sederhana (IKS) antara yang terasa beban dan susah apabila mereka yang menjual goreng pisang di tepi jalan perlu menggunakan sistem ini.

Apatah lagi kalau mereka yang berniaga ini adalah pasangan warga emas yang sudah sekian lama menggunakan kaedah tradisional dalam urusan jual beli.

Tidak dinafikan perniagaan memerlukan perubahan ke arah digital, namun ia memerlukan masa dan kemahiran yang secukupnya. Bukannya buat keputusan dalam keadaan tergesa-gesa.

Antara kesan pelaksanaan e-invois ini adalah kos untuk memulakan perniagaan akan menjadi lebih tinggi dan sistem elektronik selalu mempunyai caj perkhidmatan tambahan sekali gus menjadikan harga barang naik.

Kerajaan hari ini dilihat sering kali memperkenalkan dasar-dasar yang ‘menguntung kerajaan bukannya rakyat’, mengambil cukai daripada semua rakyat tetapi memberi dan membalas balik kepada rakyat yang terpilih sahaja. Di mana keadilan di situ?

Sekiranya pelaksanaan ini diteruskan juga, kerajaan harus memikirkan cara bagaimana untuk tidak membebankan peniaga dan pembeli. Antaranya dengan menerapkan kemahiran digital atau kursus kepada IKS dan menyediakan sistem e-invois tersebut secara percuma.-UTUSAN

DATUK ALEXANDER LO SU HYEN
Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan Gerakan Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN