WAKIL rakyat di negara kita digelar sebagai Yang Berhormat(YB) dan mereka berperanan menjadi suara rakyat sama ada dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun, mereka lebih berperanan sebagai pekerja masyarakat yang menawarkan perkhidmatan dan membangunkan sesuatu komuniti. Contohnya, jika terdapat seorang penduduk menghadapi kesukaran hidup, maka dia boleh mencari bantuan daripada YB di kawasannya. Kebanyakan YB juga sentiasa muat naik gambar-gambar mereka tengok longkang sebagai bukti menjalankan kerja pemantauan…










