SAUDARA PENGARANG, SETIAP tahun, bulan Ramadan merupakan bulan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan kemuliaan. Pada bulan ini jugalah al-Quran yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia diturunkan oleh Allah. Berdasarkan Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim, iaitu daripada Abu Hurairah bahawa nabi bersabda “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah…