Baiki segera Jambatan Perkampungan Orang Asli Sungai Kiol

Baiki segera Jambatan Perkampungan Orang Asli Sungai Kiol

PIHAK bertanggungjawab perlu mengambil tindakan segera membaiki lantai dan gelegar jambatan besi ke Perkampungan Orang Asli Sungai Kiol di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAMI mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membaiki lantai dan gelegar jambatan besi ke Perkampungan Orang Asli Sungai Kiol di Jerantut, Pahang.

Gelegar lantai besi sudah patah dan perlu diganti segera untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Besi penghadang juga perlu dibaiki dan di cat semula untuk keselamatan pengguna.

Ini kerana lantai besi jambatan yang pecah boleh mengundang bahaya kepada kenderaan.

Inilah satu-satunya jalan yang menghubungkan Perkampungan Sungai Kiol ke bandar Jerantut.

Jalan ini digunakan untuk membawa hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah dan pisang untuk pasaran. Jalan ini juga digunakan oleh bas sekolah yang membawa pelajar Orang Asli ke sekolah menengah setiap hari.

Selain itu, jalan ini juga menjadi laluan tenaga pengajar yang mengajar di Sekolah Rendah (SK) Sungai Kiol dan Tadika Perpaduan Kemas.

Pengunjung yang ke Hutan Lipur Lata Meraung juga menggunakan jalan ini setiap minggu.

Apabila musim durian jalan ini akan sibuk dengan kehadiran pembeli durian dari luar.

Justeru, kami memohon wakil rakyat kawasan untuk ambil cakna dan menyelesaikan masalah ini dengan segera.-UTUSAN

MANOLITO
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×