Wanita semakin kuat hadapi cabaran hidup

Wanita semakin kuat hadapi cabaran hidup

WANITA telah berjaya dalam segala sektor dan mampu untuk lebih maju ke hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SERINGKALI kita dengar wanita dihadapkan dengan isu dan cabaran dalam membesarkan keluarga, menyeimbangkan antara kerja dan keluarga, keperitan hidup, keganasan rumah tangga, kurang dalam memberikan tumpuan kepada kesihatan diri, penjagaan kendiri serta ketidaksamarataan dalam kerjaya.

Pemerkasaan wanita penting dalam memastikan negara terus diterajui oleh wanita yang menyumbang secara signifikan untuk pembangunan negara. Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) turut memberi penekanan ke arah memperkasa peranan wanita bagi membolehkan mereka bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Teknik pertama adalah mempunyai kuasa atas sesuatu (power over). Ini membantu wanita sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk mengubah apa yang mereka inginkan kepada sesuatu yang positif. Seterusnya, wanita perlu memperkasakan diri untuk bertindak dan tidak hanya duduk diam dan biarkan diri ditindas.

Tindakan diambil perlulah sesuatu yang positif dan membolehkan mereka menjalankan kehidupan yang lebih sejahtera. Selain itu, wanita juga perlu mempunyai rangkaian sosial atau hubungan yang kukuh dengan rakan atau masyarakat. Ini adalah kerana, sokongan sosial amat diperlukan dalam menghadapi apa sahaja rintangan dan masalah.

Akhir sekali, wanita digalakkan untuk terus mencari ilmu pengetahuan kerana ini memberikan kekuatan dalaman dan pemikiran yang rasional sekiranya berdepan dengan masalah. Penyelesaian dan langkah terbaik yang perlu diambil juga boleh dihasilkan.
Wanita yang rasional, pandai menguruskan emosi dan bijak dalam pengurusan kehidupan seharian dapat membuat keputusan yang baik dalam segala tindakan.

Walaupun wanita sering dianggap lemah, kini kata-kata tersebut tidak lagi boleh digunapakai, kerana telah terbukti wanita telah berjaya dalam segala sektor dan mampu untuk lebih maju ke hadapan selaras dengan tema hari wanita di Malaysia tahun 2024, Wanita Dijulang Negara Gemilang.-UTUSAN

DR. AZMAWATY MOHAMAD NOR
Timbalan Dekan (Ijazah Dasar)
di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
& Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×